Langkau ke kandungan utama

About Me

Assalamualaikum dan hai,

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Izinkan saya memperkenalkan diri saya serba sedikit.

          Nama diberi Muhamad Aiman atau lebih dikenali dengan panggilan Aiman, dilahirkan di Selayang, Selangor. Merupakan pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dan kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Bioteknologi Tumbuhan (Plant Biotechnology). Selamat berkenalan semua :)

          Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya kepada pembaca yang sudi membaca dari zaman kehidupan di sekolah hingga ke kehidupan sebagai seorang prasiswazah di universiti di samping berkongsi tentang hobi saya iaitu "gardening". Itu sahaja serba sedikit pengenalan daripada saya. 

Sekian, terima kasih :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Masuk Kolej Matrikulasi

"Kau masuk matrik ke?"  "Matrik bukan susah ke?" "Matrikulasi tiada masa depan"  "Matrik ajar laju sangat lah. Aku tak boleh ikut"  "Orang pandai boleh lah masuk matrik"  Itulah antara ayat-ayat yang saya terima daripada rakan-rakan selepas mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Seperti sedia maklum, saya merupakan bekas pelajar sesi 2018/2019 Kolej Matrikuslasi Perak (KMPk). "Apa itu matrikulasi?" Soalan ini sangat penting buat pelajar lepasan SPM untuk direnung seketika. Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah terfikir akan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Mana kan tidak, kewujudan matrikulasi pun saya tidak tahu sehinggalah saya ditanya oleh guru kaunseling di sekolah dahulu samada saya sudah membuat permohonan matrikulasi atau belum. Ketika itu baru saya terfikir apa itu matrikulasi. Bermula daripada hari itu baru saya membuat sedikit research berkenaan matrikulasi. Seperti yang