Catatan

Pengalaman Masuk Kolej Matrikulasi

"Kau masuk matrik ke?"  "Matrik bukan susah ke?" "Matrikulasi tiada masa depan"  "Matrik ajar laju sangat lah. Aku tak boleh ikut"  "Orang pandai boleh lah masuk matrik"  Itulah antara ayat-ayat yang saya terima daripada rakan-rakan selepas mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Seperti sedia maklum, saya merupakan bekas pelajar sesi 2018/2019 Kolej Matrikuslasi Perak (KMPk). "Apa itu matrikulasi?" Soalan ini sangat penting buat pelajar lepasan SPM untuk direnung seketika. Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah terfikir akan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Mana kan tidak, kewujudan matrikulasi pun saya tidak tahu sehinggalah saya ditanya oleh guru kaunseling di sekolah dahulu samada saya sudah membuat permohonan matrikulasi atau belum. Ketika itu baru saya terfikir apa itu matrikulasi. Bermula daripada hari itu baru saya membuat sedikit research berkenaan matrikulasi. Seperti yang
Catatan terbaharu