Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Masuk Kolej Matrikulasi

"Kau masuk matrik ke?" 
"Matrik bukan susah ke?"
"Matrikulasi tiada masa depan" 
"Matrik ajar laju sangat lah. Aku tak boleh ikut" 
"Orang pandai boleh lah masuk matrik" 
Itulah antara ayat-ayat yang saya terima daripada rakan-rakan selepas mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Seperti sedia maklum, saya merupakan bekas pelajar sesi 2018/2019 Kolej Matrikuslasi Perak (KMPk).
"Apa itu matrikulasi?"
Soalan ini sangat penting buat pelajar lepasan SPM untuk direnung seketika. Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah terfikir akan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Mana kan tidak, kewujudan matrikulasi pun saya tidak tahu sehinggalah saya ditanya oleh guru kaunseling di sekolah dahulu samada saya sudah membuat permohonan matrikulasi atau belum. Ketika itu baru saya terfikir apa itu matrikulasi. Bermula daripada hari itu baru saya membuat sedikit research berkenaan matrikulasi.

Seperti yang kita ketahui selepas menduduki SPM, terdapat banyak haluan yang tersedia untuk pelajar melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Antaranya ialah diploma, matrikulasi, asasi, STPM dan sebagainya.
"Kenapa aku kena masuk matrikulasi?"
Selepas saya membuat beberapa research berkenaan matrikulasi semasa di sekolah dahulu, saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi. Ada beberapa perkara yang menjadi faktor kepada kenapa saya memilih matrikulasi.

1. Tempoh Pengajian
Ya, tempoh pengajin merupakan faktor utama yang mendorong saya untuk memilik matrikulasi. Diperingkat matrikulasi terdapat dua jenis program ditawarkan. Semasa di zaman saya program tersebut dikenali sebagai Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua tahun (PDT). Ketika mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, saya telah ditawarkan PST. Untuk pelajar PST, mereka hanya ada dua semester dan 18 minggu kuliah setiap semester. Manakala pelajar PDT pula mempunyai empat semester keseluruhannya dan 18 minggu kuliah setiap semester. Jadi di sini saya telah menjimatkan masa saya dengan mengambil matrikulasi yang hanya mengambil masa setahun sahaja sebelum saya pergi ke peringakat ijazah.

2. Jurusan Yang Ditwarkan
Subjek yang perlu diambil semasa di matriukulasi mengikut jurusan dan modul

Secara asasnya matrikulasi menawarkan empat jurusan iaitu jurusan Sains, jurusan Perakaunan, jurusan Kejuruteraan dan jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja). Di KMPk jurusan yang ditawarkan hanyalah jurusan Sains dan jurusan Perakaunan sahaja. Jurusan Sains pula terbahagi kepada tiga modul iaitu modul satu (1), modul dua (2), dan modul tiga (3). Pelajar modul 1 perlu mengambil subjek mathematics, physics, chemistry dan biology. Pelajar modul 2 pula perlu mengambil subjek mathematics, physics, chemistry dan computer science bagi menggantikan subjek biology. Manakala pelajar modul 3 pula perlu mengambil subjek mathematics, chemistry, biology dan computer science yang menggantikan subjek physics.

Semasa di matrikulasi saya telah mengambil modul 3 kerana kurang berminat untuk belajar physics :). Apa yang dipelajari ketika di matrikulasi adalah hampir sama dengan apa yang dipelajari di sekolah semasa SPM tetapi yang membezakannya adalah ianya lebih mendalam. Ada juga beberapa topik baharu yang tidak pernah dipelajari di sekolah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran matrikulasi. Jadi perkara yang dipelajari di matrikulasi bukanlah perkara baharu keseluruhannya.

Hampir terlupa saya untuk memberitahu yang setiap pelajar bagi mana-mana jurusan sekali pun perlu mengambil subjek bahasa Inggeris untuk sepanjang pengajian, subjek agama/moral untuk satu semester sahaja, subjek Pengajian Am untuk satu semester sahaja dan kokurikulu juga untuk satu semester sahaja. Subjek berikut tidak mempunyai peperiksaan akhir tetapi dinilai 100% melalui tugasan dan assignment.

3. Kos Pengajian
Kos pengajian ke matrikulasi pula antara yang termurah di Malaysia. Semasa saya mendaftar dahulu, yuran yang perlu saya bayar hanya RM500 sahaja dan jumlah itu sudah termasuk untuk yuran pengajiann dan yuran penginapan kolej untuk dua semester. Tambahan pula, setiap pelajar akan medapat elaun sebanyak RM250 setiap bulan sepanjang tempoh pengajian di matrikulasi. Pengangkutan untuk ke kelas pula tidak diperlukan kerana jarak dari kolej kediaman ke bangunan akademik sudah dekat.

4. Sistem Pembelajaran Dan Penilaian
Bagi pelajar PST, keputusan akhir setiap subjek bukanlah bergantung 100%  kepada perperiksaan akhir tetapi ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian.Tidak seperti SPM, penilaian matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu 40% carry mark dan 60% markah peperiksaan akhir. 40% carry mark boleh diperoleh melalui assignment  atau tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sistem penilaian ini adalah hampir sama seperti sistem penilaian di peringkat universiti yang mana bertujuan untuk tidak membebankan pelajar dengan peperiksaan akhir. Pelajar pula akan kurang barasa stress untuk melakukan ulang kaji kerana 40% markah akhir boleh diperoleh melalui assignment atau tugasan.

5. Sijil Yang Diiktiraf
Bermula pada sesi 1999/2000, Sijil Matrikulasi KPM telah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam iaitu kerja kerajaan seperti pelajar-pelajar STPM. Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayajan sijil matrikulasi KPM ke dalam perkhidmatan awam ditetapkan pada gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan. Gaji permulaan bagi kelayakan sijil matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam jadual gaji minimum-maksimum skim perkhidmatan berkaitan. Adalah tidak benar jika anda dengar orang berkata matrikulasi tidak laku atau tiada sijil kelayakan.

Kesimpulannya
, matrikulasi merupakan antara haluan yang terbaik untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atas faktor-faktor yang telah saya senaraikan di atas. Saya sendiri tidak pernah menyesal kerana memilih untuk masuk ke kolej matrikulasi bahkan berasa bersyukur kerana telah mendapat peluang untuk belajar selama setahun di sana. Sedikit nasihat daripada saya sebelum mengakhiri tulisan pada kali ini, jangan terlalu risau dengan kata-kata orang tentang matrikulasi dan percayalah jika anda seorang yang tabah, kuat semangat dan gigih berusaha, matrikulasi tidak sesusah seperti apa yang orang perkatakan

Sekian, terima kasih.

Ulasan